Seorang kawan tulis kat blog dia. Dia kata kalau nak berjaya, ikut cara orang berjaya. Kalau tak nak berjaya, ikut cara orang tak berjaya.
Banyak berehat. Banyak bersantai. Banyak duduk saja-saja. Banyak tengok TV. Banyak bergossip. Kononnya bersyukur. Redha. Rezeki setakat ni sahaja. Nak ada banyak masa dengan keluarga. Taknak sibuk sangat. Suami tak suka sibuk sangat. Hidup sekarang pun dah selesa sangat. Taknaklah tinggal-tinggal anak. Taknaklah sibuk sangat. Takpelah tak kaya pun janji ada banyak masa dengan keluarga.
Aku terasa jugak baca artikel tu. Aku tau, dia tujukan artikel tu pada aku. Sebab aku selalu cakap dengan dia. "Sibuknya hidup kau. Pastu selalu tinggalkan anak-anak. Kalau aku, memang tak sanggup."
Okey...aku bukanlah orang yang suka duduk saje-saje. Suka bergosip. Suka bersantai. Aku seorang yang suka bekerja keras. Tapi, bab anak-anak memang aku tak boleh. Aku tak boleh tinggalkan anak-anak aku lama-lama.
Apalagi sejak aku besalin Arif. Pada peringkat awal kehamilan, aku tak dapat terima kehamilanku. Suamiku pun sama. Sebab, dah lama aku tak mengandung. Dah lebih 8 tahun. Pastu aku pun selalu sakit pinggang.
Aku memang ingat tak nak mengandung lagi. Suamiku pun sama. Tapi, Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk hambanya.
Alasan tak nak hamil adalah, masalah kesehatan dan masalah ekonomi. Alasan kesehatan tu ok lah. Tapi alasan ekonomi tu tak boleh di terima langsung. Bukankah setiap anak yang lahir didunia ini, sudah tertulis rezekinya, jodohnya dan juga ajalnya.
Masa mengandung, selama 9 bulan aku mengalami alahan. Muntah-muntah dan batuk. Batuk selama 9 bulan, sangat mencabar. Betul-betul Allah nak uji kesabaran aku.
Selain batuk, ada pulak darah tinggi dan kencing manis. Selama megandung, 2 kali masuk wad. Pastu besalin pulak, operation. Lepas besalin, lagi seminggu nak habis pantang, aku sakit.
Aku sakit kaki. Kaki kiri aku jem, tak boleh jalan. Hampir dua bulan aku tak boleh berjalan. Suami tak kerja sebab jaga aku sakit. Setiap kali nak menyusukan baby, aku menangis. Ya Allah......besarnya ujian yang kau bagi pada aku. Aku macam putus asa. Aku rasa aku tak boleh berjalan lagi.
Syukur Alhamdulillah, Allah bagi aku suami yang sabar dan memahami. Setiap hari dia bagi aku semangat. Setiap kali aku menangis, dia memujukku. Dia mengingatkan aku bahawa, betapa Allah sayangkan aku. Sebab itu aku di uji.
Setiap kali aku merasa putus asa, aku tengok wajah Arif. Sambil aku berdoa, agar aku diberi kekuatan dan kesehatan untuk membesarkan anak-anakku.
Ramai lagi orang yang di uji lebih berat dari apa yang aku alami. Setidaknya, Allah masih meminjamkan nikmat kaki yang boleh berjalan kepada aku.
Aduh.... tiba-tiba air mataku mengalir ketika menaip artikel ini. Tak tau kenapa, aku rasa sensitif sangat bila ada orang kata, " tak nak sibuk sangatlah. kononnya bersyukur, redho rezeki yang ada".
Jadi, alasan aku tak nak terlalu sibuk adalah kerana anak-anak. Dan lagi satu, aku tak suka memaksakan kehendak aku pada orang.
Aku memang bersyukur. Aku bersyukur Allah bagi aku peluang boleh berjalan lagi. Aku pun berusaha untuk menjadikan hidup aku lebih baik dari sebelum ini.
Tapi kita sebagai manusia, hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakkal. Siapalah kita untuk menolak takdir Allah.
Setiap orang mempunyai takdir hidup yang berbeza. Ada orang yang usaha sikit je, tapi dah dapat hasil. Ada orang yang dah usaha berkali-kali tapi, masih tak berhasil lagi.
Jadi, kalau kita tengok orang yang kita rasa hidup dia tak ada perubahan, jangan fikir dia tak berusaha. Mungkin dia dah berusaha tapi, belum sampai masa untuk dia mendapatkan hasil.
Kecuali kalau dia memang tak buat apa-apa untuk diri dia. Memang layaklah kalau diri dia tak berubah.
Panjang pulak entri kali ni. Sedikit luahan rasa.