Jumaat, 31 Mei 2013

Doa Supaya Tak Kena Saman Parking

Gempak betul tajuk hari ni. Nak parking pun ada doa nya. hahahaha....

Macam ni  ceritanya. Semalam aku gi Pontian. Masa nak parking tu, aku tanya kawan aku. Kat sini parking pakai kupon tak?. Dia cakap pakai. Aku pun dengan konfiden nya, keluarkan kupon parking.

Pastu kawan aku cakap, mana boleh pakai kupon tu. Tu untuk JB. Ni kat Pontian. Lainlah....

Alamak......macam mane ni. Tak nak lah kena saman. Padahal saman 30 hengget je. Walaupun 30 hengget, sayang tau. Boleh belikan ke ep ci untuk anak aku. Jadi kesimpulannya.....sayangilah 30 hengget anda. kwang...kwang...kwang...

Pastu kawan aku cakap, baca ayat 9 surah yassin. Tutup mata, baca 3 kali dengan keyakinan yang tinggi terhadap Allah.



Inilah ayat 9 surah yassin. Cuba baca ertinya. "Dan KAMI adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding. Dan KAMI tutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".

Alhamdulillah dengan izin Allah, aku tak kena saman. Padahal 2 jam aku kat situ. Tak taulah, mungkin memang kebetulan orang majlis daerah Pontian tak cek.

Tapi aku memang serahkan 100% pada Allah. Keyakinanku pada Allah adalah berada pada tahap yang paling tinggi.  Terima kasih Allah.......Sayang Allah.......

Allah mengikut sangkaan hambanya. Jadi....kita kena sentiasa berbaik sangka kepada Allah dan juga kepada manusia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan