Jumaat, 13 September 2013

Kisah Ibu Mengandung Yang Nak Makan Kambing Masak Madu


Dah dua hari lepas aku tulis entri ni. Baru hari ni dapat disiapkan. Giler.....Sibuk mengalahkan menteri yang dah pandai tolong kirakan budget penggunaan minyak rakyat untuk satu bulan. Tabik spring lah kat menteri kewangan ni. Tak cukup kerja kot diorang ni. Sampai penggunaan minyak rakyat pun diorang tolong kirakan. Hebat.....

Oke.....terus kepada entri yang aku dah tulis dua hari lepas.

Semalam BFF aku memberikan perkhabaran gembira. Penantian selama setahun berakhir sudah. Penantian apa tu...... Penantian nak mengandung lagi. Dari tahun lepas dia memang nak mengandung lagi. Tapi belum rezeki dia. 

Rupanya rezeki aku. Aku yang tak nak mengandung, di takdirkan Allah mengandung. Aku yang dah lapan  tahun tak mengandung, di beri rezeki mengandung lagi. Aku yang tak bersedia mengandung, di beri kesempatan dapat baby lagi.  

Dalam keadaan tak bersedia, aku tetap happy bila aku tau, aku mengandung. Perancangan Allah sangat indah. Aku mengandung dulu. Lepas besalin kan aku sakit. Jadi, dia banyak tolong aku masa aku sakit.

 Sekarang BFF aku pulak mengandung. Nanti bila Arif dah besar sikit, dah umur setahun lebih, anak BFF aku pun insya Allah akan lahir.

Kalau mengandung sama-sama, beranak sama-sama....... nanti masa besalin, dalam pantang tak boleh lah kitorang saling melawat. hahaha.....boleh gituuuuu.

Ibu mengandung ni lain macam sikit pe'el dia. Manja terlebih. Mengada terlebih. hahahaha.....aku dulu pun manja jugak. Suami jaga aku, mengalahkan masa aku mengandung anak sulung. Alaaaa.......Bila lagi nak manja lebih-lebih. Masa ni lah nak bermanja-manja.

Seronok tau jadi ibu mengandung ni. Eh, tetiba rindu pulak saat-saat mengandung dulu.

Yang tak boleh tahan tu......BFF aku cakap apa tau. "seronoknya jadi ibu mengandung. lepas ni boleh makan kambing masak madu hari-hari".

Macam ni lah penangan kambing masak madu. Sekali makan terus teringat. Nasib baiklah aku tak makan daging kambing. Kalau tak, maunya darah tinggi aku naik. Tiap-tiap hari makan daging kambing.

Apapun....tahniah diucapkan kepada BFF yang dah aku anggap macam adik aku sendiri. Semoga sehat dan dapat baby girl. Dah ada tiga orang boboiboy. Jadi, kena ada Yaya.



Khamis, 5 September 2013

RON97 Pun Naik Jugak


Yeayyy.....minyak naik harga lagi. Semalam RON95. Hari ni RON97 pulak. Baguslah tu. Naikkan lah apa yang patut. Tak cukup lagi nak menambahkan derita rakyat kurang mampu. 

Eh....tapi rakyat kurang mampu tak pakai RON97 kan.....

Dah tak tau nak cakap apa dah. Komen lebih-lebih nanti di kata anti kerajaan pulak. Jadi......Lu pikirlah sendiri Dato' Najib.




KUALA LUMPUR: Harga RON97 dinaikkan 15 sen kepada RM2.85 seliter mulai tengah malam ini.
Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman 
mengesahkan kenaikan harga itu dalam temu bual dengan Bernama, hari ini.

Beliau berkata harga RON97 perlu diselaraskan berikutan kenaikan harga 
minyak dunia, selain ringgit yang susut nilai berbanding dolar Amerika Syarikat 
(US). 
RON97 tidak disubsidi oleh kerajaan dan harga ditentukan oleh apungan 
terurus berdasarkan kuasa pasaran. 

Harga minyak dunia meningkat dengan minyak mentah Brent meningkat kepada 
US$115.56 setong berikutan kebimbangan terhadap ancaman oleh Amerika Syarikat 
untuk menyerang Syria yang akan menjejaskan bekalan minyak Timur Tengah.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/04

Rabu, 4 September 2013

Harga Minyak Naik.....

Sana sini orang cakap pasal harga minyak naik. Di facebook, orang sibuk bercerita pasal harga minya naik. Jengah blog kawan-kawan, cerita pasal minyak naik harga.
Suka atau tak suka, minyak tetap naik harga. Suka tak suka, tetap kena isi minyak. Kalau tak nak isi minyak, sila kayuh basikal atau naik kuda.
Bagi golongan kaya, memang tak kisah. Aku yang tak cukup kaya ni, terpaksa tak kesah jugak. Nak buat macam mana, kalau kesah pun...... benda ni memang terjadi. Tapi bagaimana nasib orang yang kurang mampu.
Malam tadi, lepas maghrib pergi beraya ke rumah kawan. Dalam perjalanan, nampak deretan kereta di pam minyak menunggu giliran untuk memenuhkan tangki.
Minyak kereta aku pun tinggal suku je. Bila nampak kereta beratur, terpaksa batalkan hasrat mengisi minyak. Mula-mula fikir balik nanti nak isi. Rupanya ramalan tak tepat.
Makin banyak pulak kereta beratur. Padahal dah pukul 11.00 malam. Jadi.....teruskan perjalanan balik je lah. Tak sanggup nak beratur lama. Anak-anak pun dah mengantuk. Jadi.....lupakanlah hasrat isi minyak dengan harga rm1.90.
Harga minyak naik memanglah tak boleh nak elak. Yang jadi masalah adalah, bila harga minyak naik...... semua barang akan naik harga jugak. Jadi, semua orang akan jadi naik minyak. Itu lah masalah besarnya.


Bila harga barang naik, semua orang akan terasa. Terlebih lagi golongan menengah ke bawah. Alasan peniaga adalah, minyak naik.... jadi barang pun naik harga lah. Semua barang kan naik transport. Adoiiiii......
Kemudian aku ada terbaca (lupa pulak kat blog mana), kerajaan nak naikkan BRIM selaras dengan kenaikan harga minyak.
Tolooongglahhhh........BRIM tu setahun sekali. Minyak ni, hari-hari orang pakai. Kalau aku boleh buat pilihan, aku rasa lebih baik tak payah bagi BRIM dan tak payah naikkan harga minyak.
Kerajaan cakap harga minyak di negara kita masih lebih murah jika dibandingkan dengan negara lain. Negara kita ni, dah termasuk dalam kategori negara maju. Bukan negara membangun lagi. Itu yang aku dengar dari Y.B Datuk Ir. Haji Hamim Samuri siang tadi (Timbalan Menteri MITI). Jadi, negara maju jangan lah buat perbandingan dengan negara yang tak berapa nak maju.
Bila harga minyak dan harga barangan naik, orang makin struggle bekerja sampai takde masa nak beribadah. Terpaksa mencari pendapatan sampingan yang mungkin akan mengurangkan masa bersama anak dan keluarga. 
Bila minyak naik harga, kerajaan suruh berjimat. Sekarang ni, pendapatan RM3000 kebawah seisi rumah boleh di kategorikan sebagai miskin bandar. Nak berjimat macam mane lagi. 
Walau macam mane pun, hidup perlu diteruskan. Issue minyak ni, memang tak akan habis. 

Isnin, 2 September 2013

Usahawan "Comel" Yang Berjaya


Beberapa hari lepas, kawan baik aku bagitau. Dia ada hantar email kat penerbit rancangan Wanita Hari Ini untuk topic "Menambat Hati Suami Setelah Berubah". Kalau email dia terpilih, mungkin dia akan masuk TV3.

Dan hari ini, dia telefon aku. Dia kata pihak TV3 dah telefon dia. Hari rabu ni dia nak shooting. Alhmdulillah, akhirnya tercapai jugak cita-cita dia nak masuk tv. Aku sebagai seorang kawan, happy sangat.

Kalau tak silap aku, topik tu nanti akan mengulas mengenai isteri yang berhenti kerja, kemudian berjaya menambat hati suami. Lebih kurang gitu lah kot.

Dulu kawan aku ni bekerja. sekarang dia dah jadi usahawan. Usahawan butik. Nama butik dia Benang Hijau. Kalau korang nak tengok koleksi benang hijau, klik kat sini ye.

Selepas dia berhenti kerja dan buat bisnes, hubungannya dengan suami makin bertambah erat. Sekarang, suami dia  pun turut sama-sama berusaha memajukan bisnes.

Tapi ada satu masalah. Masalahnya adalah. .....Kawan aku ni, nervous sangat. Nervous sebab badan dia termasuk dalam kategori comel. Dengan kata lain, adalah gemuk.

Olololo......kesian nya. Sebenarnya, dia taklah gemuk sangat. Cuma agak berisi je. (ayat penyedap hati untuk aku jugak ni )



Aku cuba yakin kan dia. Aku cakap, Allah dah takdirkan macam ni. Mungkin dia boleh jadi pembakar semangat untuk wanita gemuk yang merasa rendah diri. 

Wanita gemuk pun boleh berjaya dalam bisnes dan berjaya menambat hati suami. Ini bukan ayat penyedap hati. Memang betul. Aku dah mengalami sendiri.

Setiap orang kan ada kelebihan. Jangan fikir sangat pasal kekurangan. Yang penting, happy. 

Oke.....be happy.