Khamis, 5 November 2015

Mengapa Harus Menengking Ketika Marah?

Seorang ulama bertanya ;
Kenapa orang suka bercakap dengan lantang / menjerit / menengking apabila sedang marah?

Muridnya menjawab ;
Karena kita hilang sabar, kita menjerit.

Ulamak itu berkata ;
Tetapi, kenapa harus menjerit pada orang yang ada di sebelahmu?
Kan mesej itu sampai juga tanpa bsuara tinggi?

Ulamak itu menjelaskan ;
Bila 2 orang saling marah, hati mereka akan menjauh.
Untuk dapat menempuh jarak yang jauh itu, mereka terpaksa menjerit agar boleh di dengar.

Semakin marah, semakin jauh jarak, dan semakin keras jeritan...

Ulamak itu berkata lagi ;
Cuba renung pula bagaimana apabila 2 insan jatuh cinta?

❤️ Mereka tidak menjerit kepada satu sama lain.
❤️ Mereka berbicara lembut, karena hati mereka berdekatan.
❤️ Jarak antara  2 hati itu tidak ada, malah ia sangat dekat..

Dan apabila mereka semakin mencintai,

❤️ Mereka tidak lagi berbicara. Hanya berbisikan dan saling mendekat, dalam kasih-sayang.
❤️ Akhirnya, mereka bahkan tidak perlu lagi berbisikan.
❤️ Memadai mereka cukup dgn saling memandang. Itu saja.
❤️ Sedekat itulah 2 insan yang saling mengasihi...

Kerana itu, jika terjadi pertengkaran, jangan biarkan hati kita menjauh.
Jangan ucapkan perkataan yang membuat hati kita semakin menjauh....

Karena jika kita biarkan, suatu hari nanti jarak itu mungkin akan pergi terlalu jauh, dan kita mungkin tidak lagi mampu mencapainya..😢😭

Maka janganlah menjerit dan menengking ketika marah. Jangan biarkan hati2 kita menjauh....

Berdoalah ;

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي وَأَذْهِبْ غَيْظَ قَلْبِي وَآجِرْنِي مِنْ الشَّيْطَانِ

Artinya: “Ya Allah, ampunilah dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku, dan jagalah aku dari godaan setan”

La haula wala quwwata illa billah

MUHASABAH UNTUK DIRI SENDIRI..
Semoga Allah sentiasa memberi kesabaran ketika ujian melanda..

Rabu, 27 Ogos 2014

Budak Baik

Budak baik dahi berdarah. Main-main dengan kak sarah. Terjatuh kena meja.

Budak tak reti dok diam memang macam ni. Aritu mulut berdarah. Hari ni dahi pulak berdarah.

Lepas jatuh terus tido


Masih boleh tersenyum lagi

Khamis, 21 Ogos 2014

Happy Birthday Boboi

Selamat ulang tahun untuk boboi. Hari ni genap umur boboi 12 tahun, Semoga boboi menjadi anak soleh. Di limpahi rahmat dan nikmat Allah. Di panjangkan umur dan berjaya di dunia dan akhirat.

Awal-awal haritu boboi dah request nak makan pizza. Bila ibu tanya nak hadiah apa, dia cakap nak hadiah pizza. Boboi ni memang penggemar tegar pizza.

Kenapa dia suka makan pizza?. Aku rasa sebab masa aku mengandungkan dia dulu, aku teringin sangat nak makan pizza. Mengidam makan pizza. Masa tu kehidupan taklah senang macam sekarang (walaupun sekarang taklah senang sangat). Nak makan pizza pun aku rasa macam mahaaaaaaal sangat.

Mak aku tanya,  mengidam apa. Aku cakaplah teringin sangat makan pizza. Pastu mak aku pun bawak aku gi Pizza Hut kat Plaza Angsana. Aku pegi dengan mak, adik aku dan anak aku yang sulung. Masa tu anak sulung aku umur 3 tahun. Laki aku tak ikut. Sebab dia malu dengan mak aku. Terima kasih mak..... :)

Itulah pertama kali aku makan pizza. Tahun 2002. Masa tu makan memang sedap sangat. Sampai sekarang pun kalau makan pizza, adik aku mesti cakap " tak sama lah rasa dengan masa kita makan pizza time kakak mengandung boboi dulu". Tu dia penangan boboi.

Laki aku tak makan pizza. Sebab dia geli tengok cheese meleleh. Dia kata macam makanan basi. hahahaha.....

Kami makan pizza kat Aeon Taman Universiti Skudai. Dah habis makan tu aku upload gambar ni kat facebook. Budak pemakan pizza nampak gambar ni dia boleh cakap macam ni, "sedapnya bu, rasa nak makan lagi lah".

Amboi, tak kenyang lagi ke boi?. Orang lain semua dah kekenyangan dia nak lagi. Sabo je lah.



Makan boi, jangan sampai ngences. Hihihi.....



Abang jeling semacam je bang.....









Ayah tak makan pizza, so suapkan Arif mushroom soup





Gambar ibu takde. Ibu kan photografer profesional. Nampak tudung sikit tu.....


Jumaat, 15 Ogos 2014

Tutup ?

Tak pernah sepanjang yang aku nampak, restoran Ayub kat Taman Universiti Skudai ni tutup.

Hari ni tutup pulak ( 12.8.2014 ). Rasa macam pelik pun ada. Bulan ramadhan pun dia tak pernah tutup.

Tapi hari ni tutup. Aku tak pernah makan dan minum kat kedai ni. Tapi dulu selalu bayar bil maxis kat sebelah tu.

Kenapa agaknya kedai ni tutup?. ( ada aku kesah ? )

Rabu, 5 Mac 2014

Melewati empat bulan tanpa menyedari kehadiran si dia.


Aku hamil lagi. Kehamilan yang tidak di jangka dan tidak di sangka. Mesti orang rasa pelik. Macam mane boleh tak tau mengandung. Jangankan orang lain. Aku sendiri pun rasa pelik.

Seorang jiran aku aku telefon. Aku dengar suara dia batuk-batuk. Pastu dia cakap, ni batuk pembawak budak. Terperanjat jugak aku. Rupanya dia mengandung. Anak dia dah umur 3 tahun. Ok lah kan....

Pastu dia cerita. Dia kata, dia tak tau pun dia mengandung. Sebab lepas bersalin dulu, dia selalu bleeding. Period tak teratur. Jadi, dia tak ingat pun bila last dia period. Dah check air kencing tiga kali. Semua negatif.

Cuma dia rasa perut dia macam selalu masuk angin. Sapu minyak angin, sapu losyen halia, pun tak ok. Pastu dia rasa perut dia makin besar. Akhirnya dia pegi klinik, scan. Hasilnya..... nampaklah si baby tu dah berenang-renang kat dalam perut. 

Dia sebenarnya dah tak nak mengandung lagi. Tapi kalau dah 4 bulan, dah nampak kaki, tangan, jantung semua dah ada. Takkanlah nak buang kan. Dosa tau. Ish.... aku memang tak sampai hati. Terpaksalah terima. Rezeki tu.

Lepas dia cerita macam tu, aku pun cerita dengan suami aku. Pastu suami aku suruh aku check kencing. Sebab aku dah lama tak period. Beli pregnancy test. Result, negatif. Oklah.....

Tapi aku tak puas hati, sebab aku rasa perut aku macam keras je. So, pegilah scan. Masa scan tu nampaklah si comel dah ada kat dalam perut ni. Perasaan bercampur baur. Antara terperanjat, gembira dan tak percaya.

Inilah yang di namakan rezeki. Ada orang bertahun-tahun menunggu nak dapatkan seorang anak. Sedangkan aku yang dah ada 4 orang anak ni, senang je Allah nak bagi lagi. Alhamdulillah.......

Sekarang umur Arif 1 tahun 2 bulan. Dan kehamilanku dah berumur 5 bulan. Dah nak masuk 5 bulan baru aku tau yang aku ni mengandung. Arif pun masih menyusu badan lagi. Tapi atas nasihat doctor, aku terpaksa stopkan Arif menyusu badan. Doctor cakap, kesian baby dalam perut nanti tak cukup khasiat.

Mula2 tu memang tak sampai hati. Yelah, Arif kan belum 2 tahun lagi. Niat di hati memang nak nyusukan dia sampai umur 2 tahun. Macam Sarah dulu sampai 2 tahun lebih. Nak buat macam mane. Redha jelah.

Lepas besalinkan Arif aku memang tak amalkan family planning. Sebab utamanya adalah aku ada penyakit tekanan darah tinggi. Dah discuss dengan doctor pasal family planning tapi tu lah. Belum sempat nak planning dah ada lagi. Huhuhuhu……..



Menurut doctor, aku tak boleh makan pil perancang, tak boleh ambik injection. Pastu, doctor pun tak suggest cara lain. Aku pun merancang sendiri. Tapi bukan merancang keluarga, makin menambah jumlah keluarga lah jawabnya. Kekekekeke…..

Masa mula-mula tau mengandung, suami aku risau. Dia risaukan aku. Dia takut aku alahan dan selalu tak sihat macam masa mengandungkan Arif dulu. Tapi Alhamdulillah, dengan izin Allah aku sihat wal'afiat. Sehat macam orang tak mengandung. Ada muntah-muntah dan batuk tapi tak seteruk masa mengandung Arif dulu.

Bila dia nampak aku ok dan sehat, dia pun happy. Tak lah risau sangat. Dan yang paling happy, tekanan darah aku ok. Test kencing manis pun ok. Takde kencing manis. Masa mengandung Arif dulu, tekanan darah aku sangat tinggi sampai aku keluar masuk hospital je. Sampai lepas besalin pun tekanan darah aku tinggi. Malahan semakin tinggi. Itu juga salah satu punca aku terpaksa bersalin secara operation.

Harapnya...... kali ni semuanya ok dan di mudahkan Allah. Dapatlah aku bersalin normal. Serius rasa macam tak percaya aku pregnant lagi.




Rabu, 18 Disember 2013

Kisah Orang Yang Tak Cukup Kasih Sayang

Ni semalam punya cerita. Aku buat appoinment dengan seorang klien aku. Appointment adalah pada hari selasa pukul 2 petang. Sebelum pukul 2 aku telefon klien tu lagi untuk double comfirm. Pastu klien ni cakap appointment delay ke pukul 3. Sebab dia belum habis urusan lagi.

Dah pukul 3 tapi aku masih belum sampai sebab aku sesat. Entah macam mane aku boleh lupa jalan nak ke pejabat klien ni. Senang cakap nama dia En. Ahmad lah.

Aku pun telefon En. Ahmad nak bagitau yang aku lambat sampai sebab sesat. Pusing-pusing tak jumpa jalan. Aku telefon sekali dia tak angkat. Aku telefon lagi, dia tak angkat lagi. Aku telefon lagi, pun tak angkat lagi. Last....aku antar sms. 


Inilah sms yang aku hantar semalam. Dia pun tak reply sms aku. Lepas pusing-pusing mencari, akhirnya jumpa jugak. Sampai je....terus jumpa guard kemudian aku jumpa En. Ahmad. Aku cakaplah minta maaf sebab lambat. Telefon dia pun tak angkat. Alhamdulillah dia boleh terima. 

Dah selesai urusan, aku pun balik. Aku memang selalu jumpa klien kat tempat kerja. Jarang jumpa kat rumah. 

Tiba-tiba.....tengah aku lepak depan TV lepas solat maghrib, telefon berbunyi. Tengok nombor, nombor En. Ahmad. Aku pun angkat. Pastu aku dengar suara macam suara orang pempuan. Dia tanya....

Pempuan : Hello....boleh tau ini siapa?

Aku : Saya ejen public mutual. Ye...ada apa ye?

Pempuan : Saya isteri En. Ahmad. Awak ada jumpa suami saya ke tadi?

Aku : Ye, saya ada jumpa suami puan. Kenapa puan?. Ada masalah dengan suami puan ke?. (aku tanya sebab aku dengar suara dia lain macam je... macam cemas)

Pempuan : Memang ada masalah. Masalah besar. Masalah rumahtangga. (suara dia dah mula garang. tp aku rasa pelik. masalah rumahtangga nak cerita dengan aku ke )

Aku : Dengan rasa tak ada buat salah aku pun tanya balik. Kenapa puan?

Pempuan : Ada tujuan apa awak jumpa suami saya ?. Dah berapa lama awak kenal suami saya?. Dah berapa kali awak jumpa suami saya?. Dan macam-macam soalan lagi yang aku tak sempat nak jawab. Sebab dia terus tanya bertalu-talu. Terkedu aku.

Perghhh....seumur hidup aku, dari zaman aku bujang cun melecun dulu sampailah aku dah kawin, ada 3 orang anak tak pernah aku kena serang dengan pempuan. Apalagi bini orang. Dah ada anak 4 orang ni.....ada pulak pempuan serang aku. Dengan motif cemburu. Nasib betul lah....

Lepas dia tanya macam-macam tu, aku cakap....aku kerja. Aku takde niat nak kacau rumahtangga orang. Tapi bukannya dia dengar cakap aku. Makin mengamuk macam orang kena rasuk. Last...aku biarkan je dia membebel pastu dia tutup telefon.

Aku rasa, pempuan ni memang tak cukup kasih sayang. Dan dia pun tak percayakan suami sendiri. Ni mesti setiap kali suami balik keje tengah mandi, dia pegi check handphone suami. Kalau tak, takkan dia tau aku sms suami dia. Mungkin jugak dia selalu check beg duit suami dia. Nak tengok ada gambar minah seksi tak. 

Pengalaman aku selama 15 tahun bergelar isteri, aku memang tak pernah check handphone suami. Tak pernah check beg duit suami. Sebab aku percaya suami aku 100%. Suami pun macam tu jugak. Tak pernah check handphone aku, tak pernah bukak beg aku. 

Mungkin pempuan tu nampak miss call 3 kali dan baca sms aku. Tu yang dia cemburu. Padahal......sms aku tu, biasa je. Bukan aku panggil abang ke....sayang ke....

En. Ahmad ni dah umur 50. Dah beruban dan dah ada cucu. Gila ke ape aku nak ngorat atok-atok. Baik aku ngorat orang muda, bujang. Haisss.....Tak senonoh betul. Bini dia ni pun tak nampak aku. Kalau dia nampak aku, mesti dia rasa menyesal dah marah-marah aku kat telefon. Buang karen aje. Yelah......kalau dia nampak aku yang comel ni, comfirm dia tak akan serang aku. wakakakaka........

Adoiiiii......susah betul orang yang tak cukup kasih sayang ni kan. Kesimpulannya, sebagai suami isteri kita kenalah saling percaya. Kalau ada masalah bincang elok-elok. Kalau rasa suami main kayu tiga, cuba cari tau dulu. Cari bukti. Jangan terus main serang je. Kalau dah terbukti suami main kayu tiga, pegilah cari kayu empat. hihihihi........

Dah lah....tak berani nak komen lebih-lebih. Takut wooooo........


Jumaat, 13 September 2013

Kisah Ibu Mengandung Yang Nak Makan Kambing Masak Madu


Dah dua hari lepas aku tulis entri ni. Baru hari ni dapat disiapkan. Giler.....Sibuk mengalahkan menteri yang dah pandai tolong kirakan budget penggunaan minyak rakyat untuk satu bulan. Tabik spring lah kat menteri kewangan ni. Tak cukup kerja kot diorang ni. Sampai penggunaan minyak rakyat pun diorang tolong kirakan. Hebat.....

Oke.....terus kepada entri yang aku dah tulis dua hari lepas.

Semalam BFF aku memberikan perkhabaran gembira. Penantian selama setahun berakhir sudah. Penantian apa tu...... Penantian nak mengandung lagi. Dari tahun lepas dia memang nak mengandung lagi. Tapi belum rezeki dia. 

Rupanya rezeki aku. Aku yang tak nak mengandung, di takdirkan Allah mengandung. Aku yang dah lapan  tahun tak mengandung, di beri rezeki mengandung lagi. Aku yang tak bersedia mengandung, di beri kesempatan dapat baby lagi.  

Dalam keadaan tak bersedia, aku tetap happy bila aku tau, aku mengandung. Perancangan Allah sangat indah. Aku mengandung dulu. Lepas besalin kan aku sakit. Jadi, dia banyak tolong aku masa aku sakit.

 Sekarang BFF aku pulak mengandung. Nanti bila Arif dah besar sikit, dah umur setahun lebih, anak BFF aku pun insya Allah akan lahir.

Kalau mengandung sama-sama, beranak sama-sama....... nanti masa besalin, dalam pantang tak boleh lah kitorang saling melawat. hahaha.....boleh gituuuuu.

Ibu mengandung ni lain macam sikit pe'el dia. Manja terlebih. Mengada terlebih. hahahaha.....aku dulu pun manja jugak. Suami jaga aku, mengalahkan masa aku mengandung anak sulung. Alaaaa.......Bila lagi nak manja lebih-lebih. Masa ni lah nak bermanja-manja.

Seronok tau jadi ibu mengandung ni. Eh, tetiba rindu pulak saat-saat mengandung dulu.

Yang tak boleh tahan tu......BFF aku cakap apa tau. "seronoknya jadi ibu mengandung. lepas ni boleh makan kambing masak madu hari-hari".

Macam ni lah penangan kambing masak madu. Sekali makan terus teringat. Nasib baiklah aku tak makan daging kambing. Kalau tak, maunya darah tinggi aku naik. Tiap-tiap hari makan daging kambing.

Apapun....tahniah diucapkan kepada BFF yang dah aku anggap macam adik aku sendiri. Semoga sehat dan dapat baby girl. Dah ada tiga orang boboiboy. Jadi, kena ada Yaya.