Jumaat, 30 Ogos 2013

Mati Ditembak


Tengah mengadap fesbuk, ternampak pulak berita ni. Berita pasal bekas kekasih presiden Korea Utara di tembak.  Aku pun terus baca. Nak tau jugak di tembak sebab apa dan siapa yang menembak.

Setelah membaca beritanya dan melakukan pencarian di google rupanya dia mati di tembak sebab kesalahan melakukan seks, merakam dan kemudian menjualnya.

Pulak tu, di tembak dihadapan ahli keluarga. Lepas tu, ahli keluarganya di hantar ke kem buruh paksa kerana turut di anggap bersalah.

Aku tengok blog yang menyiarkan berita ni, ada kata-kata KEJAM. Mungkin memang kejam. Tapi cuba fikir balik. Dalam Islam pun hukuman bagi penzina (yang telah berkahwin) adalah di rejam sampai mati. (kalau aku salah tolong betulkan ye)

Korea, sebuah negara yang bukan islam pun mengamalkan hukuman macam tu. Tapi negara kita, dah tentu yang agama rasminya adalah agama Islam, takde hukuman macam tu. Agak-agak kejam ke tak ye hukuman ni.

Ni aku copy paste berita dari berita harian online.


PYONGYANG: Bekas kekasih pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, adalah antara 12 artis negara itu yang dihukum tembak sembilan hari lalu.

Hyon Song-wol, seorang penyanyi, dikhabarkan bekas kekasih Jong-un dan ditahan pada 17 Ogos lalu bersama 11 lain atas dakwaan sama.
Akhbar Korea Selatan, Chosun Ilbo menyatakan, Hyon, penyanyi Orkestra Unhasu, adalah antara yang ditahan.

Mereka dihukum tembak tiga hari kemudian bersama beberapa anggota kumpulan pop terkenal lain yang disaksikan anggota keluarga. Anggota keluarga mereka kemudian dihantar ke kem buruh paksa kerana turut dianggap bersalah.

Mereka dihukum dengan tembakan mesingan yang disaksikan anggota penting Orkestra Unhasu, Band Wangjaesan dan band Moranbong Band, kata sumber China.

Kumpulan dibubarkan

Seramai 12 orang dihukum tembak itu ialah penyanyi, pemuzik dan penari band Hyon selepas dituduh merakam aksi seks mereka dan menjualnya.
Laporan menyatakan kedua-dua kumpulan itu dibubarkan kerana skandal itu .
Kim Jong-un yang menjadi pemimpin Korea Utara selepas kematian bapanya pada Disember 2011, dipercayai bertemu Hyon kira-kira 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, bapanya, Kim Jong-il, tidak bersetuju dengan hubungan mereka dan mengarahkannya putus dengan Hyon. - AGENSI




Kambing Masak Madu


Ini cerita dua hari lepas. Tak sempat nak update. Baru hari ni, ada kesempatan. Sibuk mengalahkan tokey kain. Padahal bukan buat apa pun. Kalau duduk rumah ni, memang ada je kerja tak habis-habis.

Sekarang ni, Arif dah semakin manja. Kalau duduk rumah berdua, memang susah nak menyambil-nyambil. Nak solat susah, nak masak susah, nak pergi bilik air pun susah. Pantang tak nampak muka aku. Melalak memanjang.

Tapi kalau kat rumah orang pandai pulak bawak diri. Kalau di bawak beraya ataupun marhaban, dia oke je. Tak kesah kan mak pun. Bagus beetul lah. Tiba-tiba aku teringat masa pregnant.

Selama 9 bulan pregnant, aku alahan. Muntah-muntah dan batuk. Tapi masa aku pergi Indonesia, beraya disana, alhamdulillah....ok je. Bila balik je sini, terus aku batuk dan muntah-muntah lagi. 

Macam pelik je. Kawan aku sampai cakap, ko tinggal je lah kat sana. Huhuhu......kejam sungguh dikau wahai kawan. 

Sekarang ni, bila Arif dah jadi  macam ni......aku terus teringat masa pregnant dulu. Sejak dalam perut lagi, dia memang pandai bawak diri. Kat tempat orang dia baik je. Cool je. Tapi bila balik rumah, hambek ko. Nak ibuuuuuuu........

Adoi.....asalnya nak cerita pasal kambing. Apesal boleh cerita pasal Arif ni. Oke, balik pada tajuk asal.

Seorang kawan aku, teringin sangat makan kambing masak madu. Dia pernah makan masa aku buat kenduri dua tahun lepas. Kenduri tu, kenduri akikah anak saudara aku. Anak adik aku yang dok Shah Alam. Tapi buat kat rumah aku di Johor. Gila tahap gaban...... Masak kambing pun dua tahun sekali. Pergh......kedekut ke ape ni.

Kawan aku ni, nak datang beraya. Jadi aku masaklah menu ni. Kesian kan. Dua tahun tunggu nak makan kambing masak madu kak Yati.

Aku memang suka jamu kawan-kawan makan. Sape-sape yang nak datang rumah tu, bagitau dulu lah ye. Boleh jugak aku tumbangkan kerbau. :)

Sebenarnya, aku ni tak makan daging lembu dan daging kambing. Aku makan ayam dengan ikan je. Kenapa aku tak makan?. Sebab takut susuk aku tertanggal. Habis lah kecantikan dan kejelitaan 360 aku nanti. wakakakakaka.......

Aku memang tak makan daging kambing dan lembu. Adik aku pun sama. Sebab ayah aku tak makan. Jadi, masa kecik dulu, mak tak pernah masak daging. Sebab tu lah aku tak makan.

Resepi ni aku dah pernah tulis kat blog aku yang lain. Kat sini. So, aku copy paste je lah. Kalau nak tau apa kata kawan aku tentang masakan ni, korang bacalah kat sini.

Oke tanpa membuang masa jom semak bahan-bahannya.



Kambing Masak Madu
Bahan-bahan:
1 kilo daging kambing (rebus dulu, buang airnya)

bawang merah,bawang putih, halia, serai, kayu manis, bunya lawang

daun pudina, daun ketumbar
cili kering/cili giling, tomato (benda ni aku lupa nak snap)

susu cair, sos tiram, sos cili

bahan utama, mestilah madu.
garam,gula,serbuk perasa, minyak untuk menumis
Cara membuatnya :
Rebus kambing terlebih dahulu dengan halia,kemudian buang air rebusan daging tu.

Kisar bawang merah,bawang putih,halia,serai,cili kering. Kemudian tumis dengan minyak yang telah di panaskan. Tumis hingga berbau wangi. (kalau tak wangi jangan letak minyak wangi pulak)

Pastu masukkan daun ketumbar dan daun pudina. Masukkan sos tiram, sos cili, susu cair, garam, gula, ajinomoto dan madu. Masukkan garam dan serbuk perasa sekali.

Kemudian masukkan daging kambing dan tomato. 

Biarkan hingga sebati. Dah siap.....
Gambar yang dah siap hidang lupa nak snap. Masa nak masak ni, aku post Arif kat rumah pengasuh dulu. Kalau tak, huru hara lah jadinya. Dalam kelam kabut tu, sempat lagi snap gambar. 
Kakak dan abang pergi sekolah. Jadi, dia boring takde kawan main. Tu yang nak bekepit dengan mak je. 
Oke.......selamat mencuba.

Sabtu, 24 Ogos 2013

360...Oh...360

Semenjak dua menjak ni, kat dalam facebook sibuk kawan-kawan upload gambar pakai camera 360. Memang canggih camera ni. Kalau pakai camera ni, muka tak lawa boleh jadi lawa. Pipi tak licin boleh jadi licin. Bibir tak merah boleh jadi merah. Senang cakap memang hebat lah.

Benda ni dah lama jugak, tapi aku je yang ketinggalan zaman. Aku rasa muka diorang ni, memang cantik-cantik semua. Maklumlah, kawan kat facebook je. Tak pernah jumpa. 

Sampailah aku tengok gambar kawan lama aku yang dah lama sangat tak jumpa. Terperanjat betul. Cun beb.... Memang cantik lah i tell you.....

Nak di jadikan cerita, satu hari tu aku pegi window shopping. Terserempaklah dengan dia. Dalam hati aku, betul ke ni. Apesal tak sama dengan dalam gambar.

Memang betullah dia.Wajahnya masih sama seperti dulu. Takde lah berubah macam dalam gambar. Aku tanya dia, kenapa muka ko lain?. Tak sama dalam gambar. Dia cakap, alaaaa biasalah......360.Tipah tertipu mak........

Disebabkan ramai kawan-kawan yang guna camera ni..... aku pun download lah camera 360 kat henpon cikai aku ni. Aku nak buktikan sendiri, betul ke camera ni boleh mencantikkan muka aku yang kurang cantik ni. 

Bila dah download, tangan pun gatal asyik kerja nak ambik gambar je. Korang yang belum download camera ni, cubalah download. Banyak jugak function camera ni. Cara nak download, cari je kat google....camera 360. Pastu download. Selesai.

So....apalagi. Cik kiyah pun berposing guna camera 360. Cuba tengok gambar aku ni. Selepas dan sebelum guna effect "magic skin" yang ada dalam camera 360. Effectnya, muka macam putih bercahaya. Yang lain sama je.


Gambar atas tu yang guna effect magic skin dalam camera 360. Gambar yang bawah, pakai camera biasa. Yang original. Aku rasa, muka aku tak banyak beza pun. Yang original dengan yg pakai effect magic skin. Sama je. Cuba tengok pulak gambar Arif ni......


Ini gambar original


 yang ini guna effect magic skin. lain kan..... nak tengok lebih dekat, tengok yang kat bawah ni.


Oke.....kesimpulannya, jangan risau kalau muka kurang cantik. Guna je effect magic skin dalam camera 360 ni. Di jamin puas hati. Jiran aku tanya....kalau muka tak cantik boleh terus jadi cantik guna camera ni. Kalau gemuk, boleh tak terus jadi kurus ambik gambar guna kamera ni. Kalau boleh, bagus jugak. Tak payah nak edit gambar ataupun guna super impose. hahahaha....betul jugak tu.

Tapi sebenarnya.....ada ke tak ye, application yang macam tu?....


Jumaat, 23 Ogos 2013

Airmata Mengalir Lagi


Hari ni, aku cuba luangkan masa membaca buku yang dah berjaya mengalirkan airmata suami aku. Walaupun tak dapat banyak, tapi alhamdulillah dapat baca 3 bab.

 Suami aku balik tengahari sebab nak pergi solat jumaat. Masa dia pergi solat tu, aku baca buku ni. Tengah syok baca, tiba pada satu perenggan aku rasa malu. Pastu aku rasa, macam kena penampar. Pastu aku rasa macam ada orang cakap, "tutup dulu buku tu, pergi solat zohor cepat"

Waaaaa.....tiba-tiba mata aku dah basah. Aku tak sedar yang aku dah menangis. Kali ni, buku ni berjaya membuat aku menangis. Hari tu, suami aku yang nangis. Hari ni aku pulak yang nangis,

 perenggan nilah yang aku rasa macam kena penampar......... 

Lepas aku baca perenggan tu, suami aku ballik dari solat jumaat. Cepat-cepat aku lap mata aku. Malulah..... nanti dia perli aku pulak. Hari tu masa dia nangis, aku dah perli dia.

Pastu aku tengok jam, rupanya dah pukul 2. Aku belum solat zohor lagi. Cepat-cepat aku tutup buku dan terus pergi ambik wuduk. Lepas solat tu, sempat lagi nangis bila teringat aku selalu nak siapkan kerja dulu, kemudian baru solat. Padahal, yang lebih penting adalah solat dulu, baru siapkan kerja. Solat bukan lama pun.

Memang bagus buku ni. Mesej yang ingin di sampaikan oleh penulis buku ini memang sampai pada aku. Nak sangat satu hari nanti aku jadi penulis buku macam ni. Penulis buku yang mampu menarik pembaca supaya tak sabar untuk mengkhatamkan buku. AMIN....

Ok, bye..... nak sambung baca. Tak sabar nak khatamkan buku ni.

Airmata Seorang Suami


Ni sebenarnya cerita semalam. Baru sempat nak tulis hari ni. Aritu aku pergi Senai airport, temankan suami ada kerja sikit kat sana. Sementara dia buat kerja,  aku merayap dengan Arif masuk kedai MPH.

Tengok-tengok buku. Pastu teringat buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Dah ramai jugak kawan-kawan facebook beli buku ni. Ulasan dari mereka, buku ini sangat bagus.

Aku pun carilah buku ni. Cari punya cari, tak jumpa. Kemudian aku tanya pada cashier. Rupanya buku ni dah SOLD OUT. Kemudia mereka check di outlet lain. Alhamdulillah masih ada satu lagi di outlet City Square.

Mereka tanya aku tinggal di mana?. Aku cakaplah kat skudai. Pastu mereka suruh aku ambik kat Jusco Taman Universiti. Wah..ini sudah bagus. Tak payahlah aku nak pergi ke City Square.

Balik dari Senai aku terus ke Jusco Taman Universiti, nak ambik buku. Bila aku datang, baru bagitau nama.....mereka terus cakap. Ooooo..Puan yang nak beli buku Mudahnya Menjemput Rezeki ye. Berbunga-bunga hati aku. Dapat jugak buku ni.



Bagus betul lah servis MPH ni. Kalau buku yang kita nak beli takde kat kedai tu, diorang akan check kat outlet yang lain. Pastu, tanya kita nak ambik kat mana. Terbaek lah....

Sampai rumah, tak dpt terus nak baca pun. Ada je keje lain yang tak habis-habis. Bila keluar rumah je, aku angkut buku tu sekali. Konon-konon, biar suami drive pastu aku baca buku. Tapi......bukan boleh nak baca. Ada si kecik yang tak kasi mak pegang buku. Suruh pegang dia je.

Semalam, aku jumpa klien. Suami temankan aku, sebab aku nak suruh dia jaga Arif sekejap. Buku ni pun ada dalam kereta. Bila habis je aku jumpa klien, masuk dalam kereta.aku tengok suami aku mata dah merah menangis sambil tangan pegang buku.

Terperanjat mak.... Takkan mintak tolong jaga anak sekejap je dah nangis kot. Ish.....ish.....ish..... Aku tanya dia, kenapa nangis?. Dia cakap....baguslah buku ni. Tak rugi awak beli. Laaaa....ingatkan kenapa lah tadi.

Pastu dia cerita. Masa aku keluar jumpa klien, dia ambik buku ni. Masa ambik terus terbaca satu kisah. Kisahnya aku tak ingat. Aku pun belum baca lagi. Tapi kesimpulannya....... kisah yang dia baca tu mengingatkan dia tentang satu hal.

Masa bulan puasa aritu, suami ada sedekah sikit. Sehari selepas dia sedekah tu, dia dapat telefon dari seorang owner rumah yang dia pernah renovate. Kerja tu pun dah siap setahun lebih. Tapi masih ada baki duit lagi. Mungkin masa tu tuan rumah tu ada masalah kewangan. Suami aku pun cakap, takpelah. Nanti kalau ada duit, bayarlah. Dan suami aku percaya, kalau memang rezeki dia, mesti orang tu akan bayar.

Hari demi hari berlalu, suami aku dah tak ingat tentang duit tu. Sampailah pada bulan puasa aritu, lagi dua hari nak raya. Ada orang telefon, orang tu cakap dia masih ada hutang dengan suami aku. Suami aku puas fikir, sapelah agaknya. Bila orang tu bagi alamat rumah, baru ingat. Alhamdulillah....memang rezeki kami. 

Masa tu, kami tak fikir apa pun. Sampailah suami baca buku MMR ni, dia terus sebak. Dia terus teringat..... sedekah bukanlah banyak mana, tapi Allah balas berpuluh kali ganda. Subhanallah....

Memang benarlah janji Allah. Sedekah tidak mengurangi harta kita. Tapi justeru Allah akan menambahkan lagi dengan berlipat kali ganda. Dalam buku ni pun ada di tulis, mililk kita belum tentu rezeki kita. Sebab dalam rezeki kita, ada rezeki untuk orang lain jugak.

Milik kita yang dapat memberikan manfaat untuk kita, itulah rezeki kita. Kalau masih simpan dalam bank lagi, itu belum tentu rezeki kita. Mungkin rezeki tauke tanah, mungkin rezeki tauke kereta. Mungkin rezeki tauke nasi lemak, mungkin rezeki tauke goreng pisang.

Aku belum habis baca buku ni. Tapi buku ni memang laris. Tahun ni je dah buat 7 kali cetakan. Hebat kan. Tak rugi rasanya beli buku ni. Harga rm18. Oke lah tu.



Tapi yang pasti, buku ni berjaya mengalirkan airmata seorang lelaki yang bernama suami.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan nikmat kepada pengarang buku ini.

Khamis, 22 Ogos 2013

Temankan Ibu Pergi Jusco


 Hari ni hari jadi boboy. (21/8/2002). Dia mintak buatkan cup cake dengan jajan untuk di bawa ke sekolah. Memandangkan boboy penggemar tegar pizza, aku tanya dia. Nak bawak cup cake dengan jajan atau nak bawak cup cake dengan pizza?. 

Dia pun apa lagi......., dah tentulah pizza kan. Favourite dia. Pastu dia cakap, mmm...tak payah lah bu. Pizza kan mahal. Kesian ibu, kena beli pizza banyak-banyak. Kawan boboy ada 40 orang. Banyak nak kena beli tu. Beli jajan je lah.

Sayu pulak hati aku, dengar dia cakap macam tu. Memanglah aku selalu ajar anak-anak untuk tidak membeli barang yang tidak perlu dan tak membazir.

Jadi....belanja kawan-kawan makan pizza kan tak perlu. Tak payahlah beli, gitulah kata dia. 

Boboy ni, memang tak pernah sambut hari jadi kat sekolah. Dari sekolah tadika sampailah dah darjah lima ni. Sebab seingat aku, hari jadi dia selalu jatuh pada cuti sekolah atau pada bulan puasa. 

Tahun lepas, jatuh pada hari raya ketiga. Pulak tu sambut raya kat Indonesia. Pulak tu kat kampung, ada sebijik kedai jual kek, itu pun tutup. Yelah, hari raya kan....tauke kek pun sambut raya jugak. So...tak sambut bezday lah.

Tahun yang sebelumnya, jatuh masa bulan puasa. Tak sambut jugak. Kesian kan....... Tahun ni, dia tanya. Bu, bezday boboy nanti nak bawak cup cake dengan jajan boleh tak?. Aku pun cakap lah boleh. Pastu ayahnya cakap, belikan pizza sekali lah.

Nak beli pizza hut memanglah mahal. Jadi, aku buatlah pizza sendiri. Beli doh yang dah siap kat jusco, pastu letaklah topping sendiri kemudian bakar. Jimat sikitlah kan.

Tadi aku pegi lah jusco, beli doh pizza. Doh pizza tu satu kotak, harganya rm9.90. Dalam nya ada dua keping. Kira ok lah tu. Pastu, aku beli barang-barang untuk buat cup cake. Dah lama aku tak buat cup cake. Dah dua tahun lebih. Harap-harap, sukseslah projek aku ni. Projek nak menggembirakan hati anak. :)

Pergi jusco di temani dua orang jejaka idaman. Inilah dia jejaka idaman tu. Yang sorang lagi tak boleh nak tayang gambar. Low profile. :)

Jomlah layan gambar jejaka kecilku ini.










Selesai sudah sesi posing. Penatlah bu.......

Isnin, 19 Ogos 2013

Salam Aidilfitri


Artikel ni, aku copy paste dari blog rohayatiismail.com. Dalam blog tu tak boleh pulak nak letak gambar bersaiz besar. Jadi, aku letaklah entri tu kat sini. Dalam blog ni ada entri bergambar. Dalam blog yang tu takde. Alaaa....macam baca suratkhabar sambil ada gambar tu. Baru ada feel. Sambil-sambil tu, kenangan mengusik jiwa lah.....

Sempena hari raya yang mulia ini, saya sekeluarga mohon maaf zahir dan batin. Kami manusia biasa yang tak lepas dari kesalahan. Semoga di bulan yang mulia ini, kita kembali menjadi manusia yang fitri. Manusia yang suci dan bersih. Bersih hati dan jiwa.


Sebenarnya….. tak perlu tunggu hari raya untuk kita meminta maaf. Bila- bila kita rasa ada buat salah, cepat-cepatlah minta maaf.

Tahun ni raya di Johor. Kebetulan adik yang tinggal di Shah Alam pun balik. Raya kedua gerak ke Batu Pahat dan Benut Pontian.

Raya tahun ni, agak lain sikit. Sebab tahun ni, tahun pertama beraya dengan budak kecik yang sangat comel. (setiap ibu pasti merasa anaknya adalah anak yang paling comel di dunia. :) )

inilah muka budak comel tu, Arif Fadhli

Persiapan lebih kepada anak-anak. (mak anak pun sama. wakakaka....) Setiap tahun, aku lebih suka beli baju kurung dan baju melayu siap. Dah lama tak tempah baju. Beli siap lebih senang. Lagipun anak-anak tak cerewet. Dan kami sekeluarga dah lama tak ada tema untuk baju raya. Tema adalah “rojak”. Dengan kata lain, tak kesah nak warna apa. Belasah je…..

Masa anak-anak kecik dulu, ada jugak warna tema untuk hari raya. Tapi bila anak dah besar-besar, mereka dah pandai memilih. Sorang nak warna biru, sorang nak warna hijau, sorang nak warna pink.


yang baju biru tudung biru tu, adik ipar aku dengan anak-anaknya dua orang. tudung coklat adik aku, tudung pink anak sedara aku,tudung kelabu mak aku. yang pakai serkup pink tu, sepupu. yang pakai tudung merah tu....sape ek?.  :)


inilah satu-satunya anak dara aku

Tahun lepas kami sekeluarga beraya di kampung suami. Di Surabaya, Indonesia. Masa tu, aku pregnant lima bulan. Bertolak kesana 3 hari sebelum raya. Menaiki flight dari Changi ke Surabaya. Sebab masa tu, kalau naik dari Senai kena transit ke KLIA. Memikirkan bawak anak-anak dan dalam keadaan bulan puasa,  rasa lebih senang naik flight dari Singapore. Dari Johor ke Singapore, kemudian terus ke Surabaya. Kalau sekarang dah ada flight direct dari senai ke surabaya.
Sebelum ni, dah pernah pergi sana tapi bukan time hari raya.



budak kecik yang baru pandai merangkak, emak harus bekerja extra mengikut kemana saja dia pergi. yang kat belah atas ni, gambar raya tahun ni. yang belah bawah gambar raya tahun lepas


Alhamdulillah dapat merasa solat terawih berjamaah disana. Masih ingat lagi, cara orang disana bertarawih. Mereka sangat sangat sangat cepat. 23 rakaat (campur witir) dalam masa lebih kurang satu jam. Cepat gilerrr…...

Kalau kat tempat aku ni, 9 rakaat je. Itupun habis pukul 10. Yelah…baca surah Al-Quran yang panjang-panjang. Kalau kat sana, baca surah pendek-pendek je. Surah muqaddam.

Seronok jugak dapat terawih 22 rakaat. Tapi …ya Allah…. semput. Macam mana tak semput, kita belum habis baca fatihah imam dah nak sujud. Kita baru nak sujud, imam dah berdiri baca fatihah. Adoiiii….sambil menaip ni pun semput. Teringat kenangan terawih kat sana.  hahahha…...

Tahun ni, suami ajak beraya di sana lagi. Tapi aku tak sanggup. Tak sanggup nak beraya mengelilingi kampung. Yang mana satu kampung tu adalah saudara suami semua. Kalau plan nak kesana,  mungkin cuti sekolah kot. Insya Allah hujung tahun ni.


sejuk mata tengok sawah padi yang menghijau


Nak cerita pengalaman puasa pulak. Puasa kat sana sama je, macam kat sini. Tapi kat kampung suami aku tu, takde bazar ramadhan. Yang bestnyer, masa sahur. Anak-anak muda disana bangunkan orang sahur keliling kampung, sambil menyanyi lagu. 

Siap bawak gitar, bawak drum kecik dan macam-macam lagi.
Lagu pulak dari lagu pop sampai lagu dangdut. Semua ada. Mana rumah yang ada anak dara tu, lama lah mereka menyanyi. Bila anak dara dah keluar, barulah mereka pergi rumah lain pulak. hahahaha….. 

Rumah kakak ipar  pulak, memang ada anak dara. So….lamalah mereka menyanyi. Ingat nak request lagu, malulah pulak.  Cuba bayangkan macam mana mereka menyanyi, ala-ala Tegar yang nyanyi lagu “Aku yang dulu bukanlah yang sekarang”. :)

Serius…. rindu sangat masa ni.

Anak-anak memang terlebih seronok, sebab bebas main mercun dan bunga api. Kat sini, nak main mercun takut-takut. Kat sana, bebas.



tu dia.....anak dara bersiap sedia meluncurkan roket

Hari pertama raya, orang sana tak masak ketupat dan rendang. Mereka masak nasi dan lauk biasa je. Hari raya yang ke tujuh, baru mereka masak ketupat. Pagi-pagi ramai-ramai pegi surau. Masing-masing bawa ketupat dan lauk. Kemudian, diletakkan di surau. Lepas habis imam bagi ceramah, ketupat pun di agih-agihkan. Semua dapat, sebab semua yang datang memang bawak. Kiranya, bertukar-tukar makanan gitulah.

Seronok juga beraya di sana. Yang tak seronoknya, tak boleh nak bershopping. Sebab time raya, jadi…kami pun berayalah ke rumah saudara mara. Kedai pun banyak  tutup. Raya yang ke 7 tu, semua kedai tutup.

Hari raya ke 3, kami ke Jawa Tengah. Tepatnya di bandar Magelang. Disini masih ada saudara aku dari sebelah mak. Atuk dan nenek memang dah takde. Cuma tinggal pakcik dan makcik je. Kiranya macam sesi jejak kasih gitulah. ( aku memang keturunan jawa tulen) :)

ni saudara belah mak. pakcik dan makcik. yg depan tu, mencangkung tu askar2 aku. yg pempuan pakai tudung, anak kakak suami





yang ni, kalau kat Malaysia macam kat dataran 

Hari raya ke 4 sempat pergi ke candi borobudur. Itupun anak-anak tak puas. Sebab orang ramai sangat. Sesak. Aku pun tak panjat sampai candi yang atas. Cuma kat bawah je. Tak sampai tempat candi. Tak sanggup bersesakan dengan perut yang memboyot. Anak-anak nak naik atas pun tak boleh. Orang terlampau ramai.



 muka budak yang tak dapat panjat candi sampai atas. dari bawah tu, Sarah, abang kemudian yang pakai topi tu Boboy

Gambar ni suami yang snap. Aku tak sampai pun tempat ni.

Dari kampung suami nak ke candi borobudur ni, ambik masa 12 jam tau. Penat nya tak boleh nak cakap. Dahlah kat sana tak de hihgway. Lalu jalan kampung je sepanjang perjalanan. Kat jakarta je yang ada highway kot.

Lepas tu, kat sana jalan dua hala. Kiri kanan jalan dah rumah orang. Belum lagi dengan basikal dan motor. Memang tak boleh nak memotong. Sempat jugak drive disana. Tapi menggigil kepala lutut. Ampuuunn.....takut. Takut terlanggar orang naik motor.

Dah panjang lebar pulak membebel. Mentang-mentang dah lama tak update blog. Cara cerita macam semalam punya cerita je. Padahal tahun lepas punya cerita. Dah basi daaaaaa..........

Last sekali sehari sebelum balik sini....aku, Sarah dan suami jatuh motor. Takutnya…hanya Allah yang tau. Yelah, tengah pregnant kan. Alhamdulillah, semua selamat. Dan baby Arif pun dah lahir dengan selamat.


          ini lepas jatuh motor. calar balar muka aku. tapi sekarang dah ok. cuba tengok muka aku kat atas yang pakai tudung merah tu. dan mulus kan. (kwang,kwang,kwang.....poyo je)


 sesi menganyam ketupat. anak bujang aku dah pandai mengayam. ayah dia pulak tak dapat-dapat lagi. dah give up dah dia. dah tak nak belajar menganyam lagi dah


aik....macam mane boleh ada selipar kat situ..... yang belakang pakai topi tu, abang sulung suami. yang pakai baju coklat diantara sarah tu, kedua-duanya adalah anak kakak suami. takde pulak gambar dia.

Sebenarnya ni semua cerita dah basi. Tahun lepas, ada kawan tanya. Kenapa tak upload gambar raya masa kat ober C?. (ceh.....over sea gitu.....poyo lah) Tahun ni pun sama. Ada jugak kawan tanya kenapa tak upload gambar raya kat fesbuk. Maka, terciptalah entri raya untuk dua kali raya. Tahun lepas dan tahun ni. Ala.....cik kiah ni, segan lah nak upload gambar kat fesbuk.


Demikianlah kesahnya......