Isnin, 19 Ogos 2013

Salam Aidilfitri


Artikel ni, aku copy paste dari blog rohayatiismail.com. Dalam blog tu tak boleh pulak nak letak gambar bersaiz besar. Jadi, aku letaklah entri tu kat sini. Dalam blog ni ada entri bergambar. Dalam blog yang tu takde. Alaaa....macam baca suratkhabar sambil ada gambar tu. Baru ada feel. Sambil-sambil tu, kenangan mengusik jiwa lah.....

Sempena hari raya yang mulia ini, saya sekeluarga mohon maaf zahir dan batin. Kami manusia biasa yang tak lepas dari kesalahan. Semoga di bulan yang mulia ini, kita kembali menjadi manusia yang fitri. Manusia yang suci dan bersih. Bersih hati dan jiwa.


Sebenarnya….. tak perlu tunggu hari raya untuk kita meminta maaf. Bila- bila kita rasa ada buat salah, cepat-cepatlah minta maaf.

Tahun ni raya di Johor. Kebetulan adik yang tinggal di Shah Alam pun balik. Raya kedua gerak ke Batu Pahat dan Benut Pontian.

Raya tahun ni, agak lain sikit. Sebab tahun ni, tahun pertama beraya dengan budak kecik yang sangat comel. (setiap ibu pasti merasa anaknya adalah anak yang paling comel di dunia. :) )

inilah muka budak comel tu, Arif Fadhli

Persiapan lebih kepada anak-anak. (mak anak pun sama. wakakaka....) Setiap tahun, aku lebih suka beli baju kurung dan baju melayu siap. Dah lama tak tempah baju. Beli siap lebih senang. Lagipun anak-anak tak cerewet. Dan kami sekeluarga dah lama tak ada tema untuk baju raya. Tema adalah “rojak”. Dengan kata lain, tak kesah nak warna apa. Belasah je…..

Masa anak-anak kecik dulu, ada jugak warna tema untuk hari raya. Tapi bila anak dah besar-besar, mereka dah pandai memilih. Sorang nak warna biru, sorang nak warna hijau, sorang nak warna pink.


yang baju biru tudung biru tu, adik ipar aku dengan anak-anaknya dua orang. tudung coklat adik aku, tudung pink anak sedara aku,tudung kelabu mak aku. yang pakai serkup pink tu, sepupu. yang pakai tudung merah tu....sape ek?.  :)


inilah satu-satunya anak dara aku

Tahun lepas kami sekeluarga beraya di kampung suami. Di Surabaya, Indonesia. Masa tu, aku pregnant lima bulan. Bertolak kesana 3 hari sebelum raya. Menaiki flight dari Changi ke Surabaya. Sebab masa tu, kalau naik dari Senai kena transit ke KLIA. Memikirkan bawak anak-anak dan dalam keadaan bulan puasa,  rasa lebih senang naik flight dari Singapore. Dari Johor ke Singapore, kemudian terus ke Surabaya. Kalau sekarang dah ada flight direct dari senai ke surabaya.
Sebelum ni, dah pernah pergi sana tapi bukan time hari raya.



budak kecik yang baru pandai merangkak, emak harus bekerja extra mengikut kemana saja dia pergi. yang kat belah atas ni, gambar raya tahun ni. yang belah bawah gambar raya tahun lepas


Alhamdulillah dapat merasa solat terawih berjamaah disana. Masih ingat lagi, cara orang disana bertarawih. Mereka sangat sangat sangat cepat. 23 rakaat (campur witir) dalam masa lebih kurang satu jam. Cepat gilerrr…...

Kalau kat tempat aku ni, 9 rakaat je. Itupun habis pukul 10. Yelah…baca surah Al-Quran yang panjang-panjang. Kalau kat sana, baca surah pendek-pendek je. Surah muqaddam.

Seronok jugak dapat terawih 22 rakaat. Tapi …ya Allah…. semput. Macam mana tak semput, kita belum habis baca fatihah imam dah nak sujud. Kita baru nak sujud, imam dah berdiri baca fatihah. Adoiiii….sambil menaip ni pun semput. Teringat kenangan terawih kat sana.  hahahha…...

Tahun ni, suami ajak beraya di sana lagi. Tapi aku tak sanggup. Tak sanggup nak beraya mengelilingi kampung. Yang mana satu kampung tu adalah saudara suami semua. Kalau plan nak kesana,  mungkin cuti sekolah kot. Insya Allah hujung tahun ni.


sejuk mata tengok sawah padi yang menghijau


Nak cerita pengalaman puasa pulak. Puasa kat sana sama je, macam kat sini. Tapi kat kampung suami aku tu, takde bazar ramadhan. Yang bestnyer, masa sahur. Anak-anak muda disana bangunkan orang sahur keliling kampung, sambil menyanyi lagu. 

Siap bawak gitar, bawak drum kecik dan macam-macam lagi.
Lagu pulak dari lagu pop sampai lagu dangdut. Semua ada. Mana rumah yang ada anak dara tu, lama lah mereka menyanyi. Bila anak dara dah keluar, barulah mereka pergi rumah lain pulak. hahahaha….. 

Rumah kakak ipar  pulak, memang ada anak dara. So….lamalah mereka menyanyi. Ingat nak request lagu, malulah pulak.  Cuba bayangkan macam mana mereka menyanyi, ala-ala Tegar yang nyanyi lagu “Aku yang dulu bukanlah yang sekarang”. :)

Serius…. rindu sangat masa ni.

Anak-anak memang terlebih seronok, sebab bebas main mercun dan bunga api. Kat sini, nak main mercun takut-takut. Kat sana, bebas.



tu dia.....anak dara bersiap sedia meluncurkan roket

Hari pertama raya, orang sana tak masak ketupat dan rendang. Mereka masak nasi dan lauk biasa je. Hari raya yang ke tujuh, baru mereka masak ketupat. Pagi-pagi ramai-ramai pegi surau. Masing-masing bawa ketupat dan lauk. Kemudian, diletakkan di surau. Lepas habis imam bagi ceramah, ketupat pun di agih-agihkan. Semua dapat, sebab semua yang datang memang bawak. Kiranya, bertukar-tukar makanan gitulah.

Seronok juga beraya di sana. Yang tak seronoknya, tak boleh nak bershopping. Sebab time raya, jadi…kami pun berayalah ke rumah saudara mara. Kedai pun banyak  tutup. Raya yang ke 7 tu, semua kedai tutup.

Hari raya ke 3, kami ke Jawa Tengah. Tepatnya di bandar Magelang. Disini masih ada saudara aku dari sebelah mak. Atuk dan nenek memang dah takde. Cuma tinggal pakcik dan makcik je. Kiranya macam sesi jejak kasih gitulah. ( aku memang keturunan jawa tulen) :)

ni saudara belah mak. pakcik dan makcik. yg depan tu, mencangkung tu askar2 aku. yg pempuan pakai tudung, anak kakak suami





yang ni, kalau kat Malaysia macam kat dataran 

Hari raya ke 4 sempat pergi ke candi borobudur. Itupun anak-anak tak puas. Sebab orang ramai sangat. Sesak. Aku pun tak panjat sampai candi yang atas. Cuma kat bawah je. Tak sampai tempat candi. Tak sanggup bersesakan dengan perut yang memboyot. Anak-anak nak naik atas pun tak boleh. Orang terlampau ramai.



 muka budak yang tak dapat panjat candi sampai atas. dari bawah tu, Sarah, abang kemudian yang pakai topi tu Boboy

Gambar ni suami yang snap. Aku tak sampai pun tempat ni.

Dari kampung suami nak ke candi borobudur ni, ambik masa 12 jam tau. Penat nya tak boleh nak cakap. Dahlah kat sana tak de hihgway. Lalu jalan kampung je sepanjang perjalanan. Kat jakarta je yang ada highway kot.

Lepas tu, kat sana jalan dua hala. Kiri kanan jalan dah rumah orang. Belum lagi dengan basikal dan motor. Memang tak boleh nak memotong. Sempat jugak drive disana. Tapi menggigil kepala lutut. Ampuuunn.....takut. Takut terlanggar orang naik motor.

Dah panjang lebar pulak membebel. Mentang-mentang dah lama tak update blog. Cara cerita macam semalam punya cerita je. Padahal tahun lepas punya cerita. Dah basi daaaaaa..........

Last sekali sehari sebelum balik sini....aku, Sarah dan suami jatuh motor. Takutnya…hanya Allah yang tau. Yelah, tengah pregnant kan. Alhamdulillah, semua selamat. Dan baby Arif pun dah lahir dengan selamat.


          ini lepas jatuh motor. calar balar muka aku. tapi sekarang dah ok. cuba tengok muka aku kat atas yang pakai tudung merah tu. dan mulus kan. (kwang,kwang,kwang.....poyo je)


 sesi menganyam ketupat. anak bujang aku dah pandai mengayam. ayah dia pulak tak dapat-dapat lagi. dah give up dah dia. dah tak nak belajar menganyam lagi dah


aik....macam mane boleh ada selipar kat situ..... yang belakang pakai topi tu, abang sulung suami. yang pakai baju coklat diantara sarah tu, kedua-duanya adalah anak kakak suami. takde pulak gambar dia.

Sebenarnya ni semua cerita dah basi. Tahun lepas, ada kawan tanya. Kenapa tak upload gambar raya masa kat ober C?. (ceh.....over sea gitu.....poyo lah) Tahun ni pun sama. Ada jugak kawan tanya kenapa tak upload gambar raya kat fesbuk. Maka, terciptalah entri raya untuk dua kali raya. Tahun lepas dan tahun ni. Ala.....cik kiah ni, segan lah nak upload gambar kat fesbuk.


Demikianlah kesahnya......




Tiada ulasan:

Catat Ulasan