Jumaat, 23 Ogos 2013

Airmata Seorang Suami


Ni sebenarnya cerita semalam. Baru sempat nak tulis hari ni. Aritu aku pergi Senai airport, temankan suami ada kerja sikit kat sana. Sementara dia buat kerja,  aku merayap dengan Arif masuk kedai MPH.

Tengok-tengok buku. Pastu teringat buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Dah ramai jugak kawan-kawan facebook beli buku ni. Ulasan dari mereka, buku ini sangat bagus.

Aku pun carilah buku ni. Cari punya cari, tak jumpa. Kemudian aku tanya pada cashier. Rupanya buku ni dah SOLD OUT. Kemudia mereka check di outlet lain. Alhamdulillah masih ada satu lagi di outlet City Square.

Mereka tanya aku tinggal di mana?. Aku cakaplah kat skudai. Pastu mereka suruh aku ambik kat Jusco Taman Universiti. Wah..ini sudah bagus. Tak payahlah aku nak pergi ke City Square.

Balik dari Senai aku terus ke Jusco Taman Universiti, nak ambik buku. Bila aku datang, baru bagitau nama.....mereka terus cakap. Ooooo..Puan yang nak beli buku Mudahnya Menjemput Rezeki ye. Berbunga-bunga hati aku. Dapat jugak buku ni.



Bagus betul lah servis MPH ni. Kalau buku yang kita nak beli takde kat kedai tu, diorang akan check kat outlet yang lain. Pastu, tanya kita nak ambik kat mana. Terbaek lah....

Sampai rumah, tak dpt terus nak baca pun. Ada je keje lain yang tak habis-habis. Bila keluar rumah je, aku angkut buku tu sekali. Konon-konon, biar suami drive pastu aku baca buku. Tapi......bukan boleh nak baca. Ada si kecik yang tak kasi mak pegang buku. Suruh pegang dia je.

Semalam, aku jumpa klien. Suami temankan aku, sebab aku nak suruh dia jaga Arif sekejap. Buku ni pun ada dalam kereta. Bila habis je aku jumpa klien, masuk dalam kereta.aku tengok suami aku mata dah merah menangis sambil tangan pegang buku.

Terperanjat mak.... Takkan mintak tolong jaga anak sekejap je dah nangis kot. Ish.....ish.....ish..... Aku tanya dia, kenapa nangis?. Dia cakap....baguslah buku ni. Tak rugi awak beli. Laaaa....ingatkan kenapa lah tadi.

Pastu dia cerita. Masa aku keluar jumpa klien, dia ambik buku ni. Masa ambik terus terbaca satu kisah. Kisahnya aku tak ingat. Aku pun belum baca lagi. Tapi kesimpulannya....... kisah yang dia baca tu mengingatkan dia tentang satu hal.

Masa bulan puasa aritu, suami ada sedekah sikit. Sehari selepas dia sedekah tu, dia dapat telefon dari seorang owner rumah yang dia pernah renovate. Kerja tu pun dah siap setahun lebih. Tapi masih ada baki duit lagi. Mungkin masa tu tuan rumah tu ada masalah kewangan. Suami aku pun cakap, takpelah. Nanti kalau ada duit, bayarlah. Dan suami aku percaya, kalau memang rezeki dia, mesti orang tu akan bayar.

Hari demi hari berlalu, suami aku dah tak ingat tentang duit tu. Sampailah pada bulan puasa aritu, lagi dua hari nak raya. Ada orang telefon, orang tu cakap dia masih ada hutang dengan suami aku. Suami aku puas fikir, sapelah agaknya. Bila orang tu bagi alamat rumah, baru ingat. Alhamdulillah....memang rezeki kami. 

Masa tu, kami tak fikir apa pun. Sampailah suami baca buku MMR ni, dia terus sebak. Dia terus teringat..... sedekah bukanlah banyak mana, tapi Allah balas berpuluh kali ganda. Subhanallah....

Memang benarlah janji Allah. Sedekah tidak mengurangi harta kita. Tapi justeru Allah akan menambahkan lagi dengan berlipat kali ganda. Dalam buku ni pun ada di tulis, mililk kita belum tentu rezeki kita. Sebab dalam rezeki kita, ada rezeki untuk orang lain jugak.

Milik kita yang dapat memberikan manfaat untuk kita, itulah rezeki kita. Kalau masih simpan dalam bank lagi, itu belum tentu rezeki kita. Mungkin rezeki tauke tanah, mungkin rezeki tauke kereta. Mungkin rezeki tauke nasi lemak, mungkin rezeki tauke goreng pisang.

Aku belum habis baca buku ni. Tapi buku ni memang laris. Tahun ni je dah buat 7 kali cetakan. Hebat kan. Tak rugi rasanya beli buku ni. Harga rm18. Oke lah tu.



Tapi yang pasti, buku ni berjaya mengalirkan airmata seorang lelaki yang bernama suami.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan nikmat kepada pengarang buku ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan