Jumaat, 31 Mei 2013

Doa Supaya Tak Kena Saman Parking

Gempak betul tajuk hari ni. Nak parking pun ada doa nya. hahahaha....

Macam ni  ceritanya. Semalam aku gi Pontian. Masa nak parking tu, aku tanya kawan aku. Kat sini parking pakai kupon tak?. Dia cakap pakai. Aku pun dengan konfiden nya, keluarkan kupon parking.

Pastu kawan aku cakap, mana boleh pakai kupon tu. Tu untuk JB. Ni kat Pontian. Lainlah....

Alamak......macam mane ni. Tak nak lah kena saman. Padahal saman 30 hengget je. Walaupun 30 hengget, sayang tau. Boleh belikan ke ep ci untuk anak aku. Jadi kesimpulannya.....sayangilah 30 hengget anda. kwang...kwang...kwang...

Pastu kawan aku cakap, baca ayat 9 surah yassin. Tutup mata, baca 3 kali dengan keyakinan yang tinggi terhadap Allah.



Inilah ayat 9 surah yassin. Cuba baca ertinya. "Dan KAMI adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding. Dan KAMI tutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".

Alhamdulillah dengan izin Allah, aku tak kena saman. Padahal 2 jam aku kat situ. Tak taulah, mungkin memang kebetulan orang majlis daerah Pontian tak cek.

Tapi aku memang serahkan 100% pada Allah. Keyakinanku pada Allah adalah berada pada tahap yang paling tinggi.  Terima kasih Allah.......Sayang Allah.......

Allah mengikut sangkaan hambanya. Jadi....kita kena sentiasa berbaik sangka kepada Allah dan juga kepada manusia.


Gebunya.......


Iklan sekejap. Ni bukan entri membangga diri ye. Ni adalah entri poyo. Entri perasan. hahahhaa..... Semenjak dua menjak ni, orang-orang yang pegang Arif cakap, gebunya kulit dia......

Aku pun rasa kulit Arif gebu jika di bandingkan dengan kulit kakak dia masa baby dulu. Tapi bukan ke, kulit baby memang lembut. Kulit baby memang lembut. Tapi yang ini, lembut dan gebu. 

Pastu, antara sekian ramai anak aku, yang ni yang paling putih. Tak tau pasal apa. Bila aku ingat balik, dulu masa mengandung takde pulak aku mengidam nak jumpa orang putih. hahaha....Tapi memang aku ada jumpa orang putih masa pegi borobudur aritu.

Punyalah dengki si Sarah. Dia cakap kenapa masa mengandung kakak dulu, ibu tak minum ESP. Adoi nak oiii....masa ibu mengandungkan awak dulu, mana ada ESP. PSP je yang ada. Pastu ayah dia pulak cakap, kalau nak putih, minum je ESP. 






Cuba korang tengok, muka dia memang agak putih jika dibandingkan dengan aku. Aku rasa, mungkin sebab aku minum ESP kot. ESP kan protein soya. Masa mengandung dulu, aku tak rajin minum soya. Sebab aku teringat nurse ada cakap, kalau minum banyak soya  masa mengandung, nanti kulit kita jadi lembut. Kalau bersalin, mudah terkoyak. Pastu dokter susah nak jahit.

Memang betul dengar katalah aku ni. Lastly, aku besalin operation. So, tak tau lah kebenaran info ni. Tapi, kawan aku yang tinggal sebelah rumah ni, masa mengandung rajin minum soya. Masa besalin nurse tegur dia, banyak minum air soya ke. Kulit awak lembut sangatlah. Banyak koyak ni, susah nak jahit.

Jadi, macam betul lah ye info ni. Kepada ibu-ibu hamil yang tak nak minum soya tapi nak anak putih....bolehlah minum ESP. Ikhtiar ye....


Wanita Tanpa Rahim

Sebelum ni, aku fikir semua perempuan kat dunia ni mempunyai rahim. Walaupun takde anak dan tak boleh mengandung tapi mesti ada rahim.

Tapi rupanya apa yang aku fikirkan salah. Sebenarnya kat dalam dunia ni, ada wanita yang dilahirkan tanpa rahim. 

Info tentang perkara ni, aku dengar dari radio masa tengah memandu. Apa yang aku dengar, seorang wanita yang dilahirkan tanpa rahim berjaya menjalani pembedahan pemindahan rahim. Dan, dengan kuasa Allah...wanita tu berjaya hamil. Subhanallah......

Tapi, dokter mencadangkan selepas wanita tu melahirkan baby, rahimnya perlu di buang untuk mengelakkan komplikasi.

Aku cuba tanya pakcik google pasal info ni. Jumpa jugak. Ni aku copy paste dari berita harian online.

STOCKHOLM – Sepasukan doktor di Sweden berjaya melakukan pembedahan pemindahan rahim daripada ibu kepada anak perempuan yang pertama di dunia, kata satu pasukan perubatan kelmarin.
Universiti Gothenburg menyatakan, dua wanita tempatan berusia dalam lingkungan 30-an menerima rahim daripada ibu mereka dalam pembedahan di Hospital Sahlgrenska, barat Sweden pada hujung minggu lalu.
Identiti mereka tidak didedahkan.
“Lebih sepuluh orang doktor bedah yang berlatih bersama untuk prosedur tersebut selama beberapa tahun mengambil bahagian dalam pembedahan sukar ini,” kata ketua pasukan pakar bedah berkenaan, Mats Brannstrom.
Beliau merupakan seorang profesor Obstetrik dan Ginekologi di Universiti Gothenburg.
Menurutnya, rahim seorang wanita itu telah dibuang bertahun-tahun lalu akibat kanser servik. Sementara wanita kedua pula dilahirkan tanpa rahim.
” Kedua-dua pesakit yang menerima rahim baharu berada dalam keadaan baik tetapi penat selepas menjalani pembedahan. Ibu mereka sudah boleh berjalan dan akan dibenarkan keluar dari hospital beberapa hari lagi,” jelas Brannstrom.
Pihak universiti berkenaan memberitahu, dianggarkan antara 2,000 hingga 3,000 wanita di Sweden tidak dapat mengandung kerana ketiadaan rahim.
Pasukan perubatan tersebut memberitahu, kualiti rahim dikawal oleh ovari dan hormon di dalam badan manusia. Berdasarkan teori tersebut, mereka menjelaskan, rahim wanita yang sudah mengalami menopaus boleh menampung kehamilan.
Seorang penerima rahim tersebut yang dikenali sebagai Anna berkata, dia memilih untuk menjalani pembedahan tersebut bagi memulihkan semula fungsi badannya seperti wanita lain.
“Satu perasaan hebat kerana dapat merasai pengalaman ini (mempunyai rahim),” katanya dalam komen yang disiarkan di laman web Hospital Sahlgrenska.
Menurutnya, tiada jaminan dia dan teman lelakinya akan dapat menimang cahaya mata selepas prosedur tersebut.
“Namun, kami ada peluang yang baik. Jika saya hamil, ia adalah bonus buat kami,” katanya.
- Reuters
Tapi kat sini, takde pulak tulis lepas bersalin kena buang rahim untuk mengelakkan komplikasi. Ke...akku salah dengar. hahahha......

Jadi, kesimpulannya.....tiada yang mustahil bagi Allah. Yang penting kena usaha. 

Rabu, 8 Mei 2013

Saya Menyokong Penyusuan Susu Ibu

Hari  ni, aku nak share tentang set penyusuan shaklee. Set yang paling hot adalah set 3M. Set 3M ni mengandungi :

> Vitalea (Multivitamin lengkap dengan zat besi)
> Vitamin B Complex
> Vitamin C
> Ostematrix (Kalsium Magnesium)
> Alfalfa
> ESP (Energizing Soy Protein)

Produk ni sangat dicadangkan untuk ibu yang mempunyai masalah penyusuan. Masalah penyusuan ni maksudnya ialah walaupun ibu dah mengamalkan makanan yang seimbang, dah minum air 3 liter sehari, dah buat perahan setiap 3 jam tapi masih mengalami kekurangan susu.

Kalau korang nak buat stok susu, memang sangat dicadang minum set ni. Set ini juga membantu membaiki tubuh ibu yang kekurangan zat yang di perlukan oleh badan. Agar tubuh ibu dapat berfungsi dengan baik dan dapat menghasilkan susu yang berkualiti.

Oke......kat sini akau kongsikan tips untuk air susu selain dari dari makan produk (set 3M).

1. Banyakkan minum air masak
2. Pam 3 jam sekali. Semakin kerap pam susu, semakin banyak susu akan di hasilkan
3. Niat dengan ikhlas, berdoa dan tawakkal pada ALLAH.

Susu ibu kan rezeki dari ALLAH. Jadi kita kena mintak dan doa pada ALLAH. Banyakkan zikir masa mengepam ataupun masa menyusukan baby. Kena ikhlas. Lagi satu yang penting adalah.......kena selalu hepi......

Yang Menyokong Penyusuan Susu Ibu,
Rohayati Binti Ismail
012-7629725

Baby Shaklee.....



Nama saya Arif Fadhli Bin Mukminin. Comel tak saya?......


Aku ada 4 orang anak. Yang sulung lelaki, sekarang tingakatan 2. Yang nombor 2, lelaki....sekarang darjah 5. Yang no.3 pempuan. Darjah 3. Ini anak aku yang paling kecik. 

Lelaki tapi muka macam pempuan. Masa mengandungkan dia memang penuh dengan dugaan. Dari awal mengandung sampai dah nak besalin, aku batuk tak baik-baik. Segala macam ubat batuk yang sesuai untuk ibu mengandung aku makan. Limau nipis dengan kicap...dengan madu. Macam-macam lagilah. 

Kalau jumpa dokter, dokter cakap pembawakan budak. Aku redho je lah. Pastu aku muntah, mabuk. Sampai dah nak besalin. Aku besalin operate. Lepas besalin aku masih batuk. Tapi seminggu selepas tu, Alhamdulillah dah ok.


Yang ni anak aku yang no.3. Sorang je lah pempuan ni. Jarak antara anak dara ni dengan baby Arif 8 tahun. Aku ingat aku dah tak ada harapan nak mengandung lagi. Yelah....jarak kan jauh. 8 tahun. Tapi untuk Allah memang takde yang mustahil. KUN FA YAKUN. Bila Allah kata jadi, maka jadilah.

Maka mengandunglah aku dengan selamat walaupun terpaksa menempuh berbagai dugaan. Alhamdulillah, aku dah selamat besalin dan baby aku pun membesar dengan sehat. Masa aku mengandung aritu, aku tak tau lagi pasal shaklee. Kalau tau, mungkin boleh membantu aku untuk mendapat tahap kesihatan yang lebih baik. Tapi takpelah....yang penting semua selamat.

Sekarang baby aku dah 5 bulan, aku masih bagi susu badan lagi. Masa anak aku yang pempuan dulu, aku bagi susu badan sepenuhnya sampai umur 2 tahun. Masa tu, aku tak keje. Aku dok rumah. So...... tak de masalah untuk bagi susu badan.

Sekarang ni, kadang-kadang aku keluar jumpa klien. Jadi..... terpaksalah tinggalkan Arif dengan pengasuh. Aku perah susu banyak-banyak. Buat stok.

Semoga aku dapat bagi susu badan pada Arif sampai dia umur  2 tahun. Amiiiiin......

Alhamdulillah........

Alhamdulillah........ hari ni dengan rasminya aku telah pun menjadi ahli Shaklee. Aku ni, baru lagi jadi pengguna Shaklee. Masa dalam pantang bulan1 aritu, makcik aku bagi ESP. Dia kata boleh banyakkan air susu. Dah orang bagi free, apa lagi....... ambiklah. Takkan nak cakap tak nak pulak. Masa dalam pantang tu, memang air susu aku banyak.

Tapi aku tak pasti air susu aku banyak di sebabkan ESP atau bukan. Sebab, aku minum ESP tu satu canister je. Yang free makcik aku bagi tulah. Dah habis, aku tak beli. Nak mintak dengan makcik, malu lah pulak.

Sampailah.....aku rasa air susu aku makin sikit. Aku pam pun tak keluar-keluar. Adoi.....nak nangis rasa. Masa tu aku terus teringat ESP. Walaupun aku tak pasti ESP boleh banyakkan air susu, tp aku nak cuba.

Aku pun carilah pengedar shaklee yang dekat dengan aku. Makcik aku dok jauh. Nak suruh dia hantar, tak sampai-sampai. (sori ye cik....)

Hasil pencarian, akhirnya terjumpa blog Puan Hasmah. Aku add dia kat fesbuk. Pastu aku tanya-tanya pasal Shaklee. Pastu aku belilah dengan dia.

Aku ni, suka bercerita benda baik dengan kawan-kawan. Jumpa klien Public Mutual, aku cerita. Jumpa jiran sebelah rumah, aku cerita. Klien datang rumah hantar salinan IC, aku cerita.

Yang bestnya...... bila aku cerita pasal Shaklee, diorang cakap Shaklee memang bagus. Siap nak beli lagi. Padahal masa aku cerita tu, aku belum jadi ahli lagi.

Disebabkan, beberapa kawan aku nak beli..... jadi aku pun ambil keputusan jadi ahli. Beli barang RM650, dapat free membership. Tapi aku terlebih beli tadi. Aku beli RM676. Ok lah kan...

Oklah.... mata dah layu ni. Esok sambung cerita lagi.....

Khamis, 2 Mei 2013

Entri Pertama

Bismillahirrohmanirrohim.......

Ini adalah entri pertama aku. Tepatnya 2/5/2013. Malam jumaat pulak tu. Semoga penulisan di dalam blog ini mendapat berkah dan bermanfaat untuk semua yang membaca.

Sebelum ni, aku dah ada dua blog. Tapi blog tu, blog yang agak profesional sikit. Cewah.....profesional lah sangat. Sebab dalam blog tu, aku kena jadi seorang yang berbudi bahasa dan bersopan santun. (jangan salah sangka ye, dalam realitinya...aku memang bersopan santun). Maksud aku.... sebagai seorang konsultan unit trust aku kenalah jaga sikap dan tutur kata.

So...dalam blog ni, aku rasa....aku akan tulis macam diary aku. Suka hati akulah nak tulis pasal ape. Nak tulis pasal anak ke...nak lepas geram ke...nak marah ke....nak jual barang ke...