Jumaat, 31 Mei 2013

Gebunya.......


Iklan sekejap. Ni bukan entri membangga diri ye. Ni adalah entri poyo. Entri perasan. hahahhaa..... Semenjak dua menjak ni, orang-orang yang pegang Arif cakap, gebunya kulit dia......

Aku pun rasa kulit Arif gebu jika di bandingkan dengan kulit kakak dia masa baby dulu. Tapi bukan ke, kulit baby memang lembut. Kulit baby memang lembut. Tapi yang ini, lembut dan gebu. 

Pastu, antara sekian ramai anak aku, yang ni yang paling putih. Tak tau pasal apa. Bila aku ingat balik, dulu masa mengandung takde pulak aku mengidam nak jumpa orang putih. hahaha....Tapi memang aku ada jumpa orang putih masa pegi borobudur aritu.

Punyalah dengki si Sarah. Dia cakap kenapa masa mengandung kakak dulu, ibu tak minum ESP. Adoi nak oiii....masa ibu mengandungkan awak dulu, mana ada ESP. PSP je yang ada. Pastu ayah dia pulak cakap, kalau nak putih, minum je ESP. 






Cuba korang tengok, muka dia memang agak putih jika dibandingkan dengan aku. Aku rasa, mungkin sebab aku minum ESP kot. ESP kan protein soya. Masa mengandung dulu, aku tak rajin minum soya. Sebab aku teringat nurse ada cakap, kalau minum banyak soya  masa mengandung, nanti kulit kita jadi lembut. Kalau bersalin, mudah terkoyak. Pastu dokter susah nak jahit.

Memang betul dengar katalah aku ni. Lastly, aku besalin operation. So, tak tau lah kebenaran info ni. Tapi, kawan aku yang tinggal sebelah rumah ni, masa mengandung rajin minum soya. Masa besalin nurse tegur dia, banyak minum air soya ke. Kulit awak lembut sangatlah. Banyak koyak ni, susah nak jahit.

Jadi, macam betul lah ye info ni. Kepada ibu-ibu hamil yang tak nak minum soya tapi nak anak putih....bolehlah minum ESP. Ikhtiar ye....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan