Jumaat, 31 Mei 2013

Wanita Tanpa Rahim

Sebelum ni, aku fikir semua perempuan kat dunia ni mempunyai rahim. Walaupun takde anak dan tak boleh mengandung tapi mesti ada rahim.

Tapi rupanya apa yang aku fikirkan salah. Sebenarnya kat dalam dunia ni, ada wanita yang dilahirkan tanpa rahim. 

Info tentang perkara ni, aku dengar dari radio masa tengah memandu. Apa yang aku dengar, seorang wanita yang dilahirkan tanpa rahim berjaya menjalani pembedahan pemindahan rahim. Dan, dengan kuasa Allah...wanita tu berjaya hamil. Subhanallah......

Tapi, dokter mencadangkan selepas wanita tu melahirkan baby, rahimnya perlu di buang untuk mengelakkan komplikasi.

Aku cuba tanya pakcik google pasal info ni. Jumpa jugak. Ni aku copy paste dari berita harian online.

STOCKHOLM – Sepasukan doktor di Sweden berjaya melakukan pembedahan pemindahan rahim daripada ibu kepada anak perempuan yang pertama di dunia, kata satu pasukan perubatan kelmarin.
Universiti Gothenburg menyatakan, dua wanita tempatan berusia dalam lingkungan 30-an menerima rahim daripada ibu mereka dalam pembedahan di Hospital Sahlgrenska, barat Sweden pada hujung minggu lalu.
Identiti mereka tidak didedahkan.
“Lebih sepuluh orang doktor bedah yang berlatih bersama untuk prosedur tersebut selama beberapa tahun mengambil bahagian dalam pembedahan sukar ini,” kata ketua pasukan pakar bedah berkenaan, Mats Brannstrom.
Beliau merupakan seorang profesor Obstetrik dan Ginekologi di Universiti Gothenburg.
Menurutnya, rahim seorang wanita itu telah dibuang bertahun-tahun lalu akibat kanser servik. Sementara wanita kedua pula dilahirkan tanpa rahim.
” Kedua-dua pesakit yang menerima rahim baharu berada dalam keadaan baik tetapi penat selepas menjalani pembedahan. Ibu mereka sudah boleh berjalan dan akan dibenarkan keluar dari hospital beberapa hari lagi,” jelas Brannstrom.
Pihak universiti berkenaan memberitahu, dianggarkan antara 2,000 hingga 3,000 wanita di Sweden tidak dapat mengandung kerana ketiadaan rahim.
Pasukan perubatan tersebut memberitahu, kualiti rahim dikawal oleh ovari dan hormon di dalam badan manusia. Berdasarkan teori tersebut, mereka menjelaskan, rahim wanita yang sudah mengalami menopaus boleh menampung kehamilan.
Seorang penerima rahim tersebut yang dikenali sebagai Anna berkata, dia memilih untuk menjalani pembedahan tersebut bagi memulihkan semula fungsi badannya seperti wanita lain.
“Satu perasaan hebat kerana dapat merasai pengalaman ini (mempunyai rahim),” katanya dalam komen yang disiarkan di laman web Hospital Sahlgrenska.
Menurutnya, tiada jaminan dia dan teman lelakinya akan dapat menimang cahaya mata selepas prosedur tersebut.
“Namun, kami ada peluang yang baik. Jika saya hamil, ia adalah bonus buat kami,” katanya.
- Reuters
Tapi kat sini, takde pulak tulis lepas bersalin kena buang rahim untuk mengelakkan komplikasi. Ke...akku salah dengar. hahahha......

Jadi, kesimpulannya.....tiada yang mustahil bagi Allah. Yang penting kena usaha. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan