Nama saya Arif Fadhli Bin Mukminin. Comel tak saya?......
Aku ada 4 orang anak. Yang sulung lelaki, sekarang tingakatan 2. Yang nombor 2, lelaki....sekarang darjah 5. Yang no.3 pempuan. Darjah 3. Ini anak aku yang paling kecik.
Lelaki tapi muka macam pempuan. Masa mengandungkan dia memang penuh dengan dugaan. Dari awal mengandung sampai dah nak besalin, aku batuk tak baik-baik. Segala macam ubat batuk yang sesuai untuk ibu mengandung aku makan. Limau nipis dengan kicap...dengan madu. Macam-macam lagilah.
Kalau jumpa dokter, dokter cakap pembawakan budak. Aku redho je lah. Pastu aku muntah, mabuk. Sampai dah nak besalin. Aku besalin operate. Lepas besalin aku masih batuk. Tapi seminggu selepas tu, Alhamdulillah dah ok.
Yang ni anak aku yang no.3. Sorang je lah pempuan ni. Jarak antara anak dara ni dengan baby Arif 8 tahun. Aku ingat aku dah tak ada harapan nak mengandung lagi. Yelah....jarak kan jauh. 8 tahun. Tapi untuk Allah memang takde yang mustahil. KUN FA YAKUN. Bila Allah kata jadi, maka jadilah.
Maka mengandunglah aku dengan selamat walaupun terpaksa menempuh berbagai dugaan. Alhamdulillah, aku dah selamat besalin dan baby aku pun membesar dengan sehat. Masa aku mengandung aritu, aku tak tau lagi pasal shaklee. Kalau tau, mungkin boleh membantu aku untuk mendapat tahap kesihatan yang lebih baik. Tapi takpelah....yang penting semua selamat.
Sekarang baby aku dah 5 bulan, aku masih bagi susu badan lagi. Masa anak aku yang pempuan dulu, aku bagi susu badan sepenuhnya sampai umur 2 tahun. Masa tu, aku tak keje. Aku dok rumah. So...... tak de masalah untuk bagi susu badan.
Sekarang ni, kadang-kadang aku keluar jumpa klien. Jadi..... terpaksalah tinggalkan Arif dengan pengasuh. Aku perah susu banyak-banyak. Buat stok.
Semoga aku dapat bagi susu badan pada Arif sampai dia umur 2 tahun. Amiiiiin......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan